Showing posts with label akademi fantasia. Show all posts
Showing posts with label akademi fantasia. Show all posts

Lagu Finalists Akademi Fantasia 6

Heheee... Finally I found all Finalists Akademi Fantasia 6 new songs and you can get its here without paying me any cents.

I like this song very much and really enjoy it although the singer is not very good in singing.


Tidak kala kerumitan
Jeritan perihal cinta
Berputar malam dan siang
Tiada kata penyudah

Ahhh… ooo..

Ada yang memerlukan masa
Ada jua pada pandang pertama
Bila bertapak di hati
Akan disanjung abadi

Ahhh… asyiknya
Panahan asmara
Ahhh… asyiknya
Menusuk jiwa

Berbulan di perbaringan
Resah kerna rindu dendam
Bila kekasih menjauh
Sepiku makin terperit

Ada yang singgah sekali
Dan ada berkali-kali
Bermuara dua hati
Berpusar menjadi gelora

Ahhh… asyiknya
Panahan asmara
Ahhh… asyiknya
Menggetar raga

Download all the new songs from finalists Akademi Fantasia 6 here!

Stacy - Aku Stacy
Riz - Hanya Sandiwara
Nubhan - Ada Untukmu
Toi - Panahan Asmara
Nadia - Kalut Lagi Mengarut


Read more...

Stacy Juara Akademi Fantasia 6

Tahniah STACY!

Tidak disangsikan lagi, STACY, yang diramalkan menjadi juara telah menjadi kenyataan di mana beliau mendapat undian tertinggi dan secara tidak langsung memenangi tempat pertama di dalam Akademi Fantasia Musim Ke-6. Lagu-lagu yang telah dipersembahkan oleh Stacy ialah Atas Nama Cinta (Rossa) dan Aku Stacy (Lagu Baru).



Stacy, 18, anak kelahiran Kadazan dari Kg Tuavon, Penampang, SABAH dengan suara yang sungguh bertenaga telah memberikan persembahan terbaik bukan sahaja di peringkat akhir malah sejak bermulanya penglibatan beliau di dalam Akademi Fantasia. Usaha gigih beliau telah membuahkan hasil yang tidak akan dapat dilupakan dan merupakan titik permulaan di dalam mengembangkan karier sebagai penghibur baru dalam seni nyanyian.

Berikut adalah kedudukan pelajar-pelajar lain:

RIZ (Naib Juara)
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

NUBHAN (Ke-3)
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)

TOI (Ke-4)
Cinta Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)

NADIA (Ke-5)
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

Keseluruhan persembahan akhir Akademi Fantasia Musim Ke-6 amat menghiburkan!


Read more...

Alif Tersingkir Pada Konsert Ketujuh

Alif atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Bin Mohd. Razali, 22 mempersembahkan lagu Rozana, nyanyian asal Amy Search pada konsert ketujuh telah gagal mengekalkan undiannya yang selama ini di tempat atasan, menyebabkan dia tersingkir.

Sungguhpun disingkirkan, namun aksi Alif di Pentas Istana Budaya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakannya apatah lagi disingkirkan daripada program Akademi Fantasia - Konsert Ketujuh.

Enam pelajar yang akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia dan akan terus berusaha untuk menggapai cita-cita menjadi Juara terdiri daripada Stacy, Stanly, Nubhan, Nadia, Riz dan Toi.


Read more...

Copyright © 2008 - What's Up - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template