Gambar Betty Benafe disebelah kiri dan disebelah kanan pula tidak asing lagi gambar juara Akademi Fantasia 6, Stacy, memakai baju yang serupa. Boleh jadi baju yang sama dipakai oleh Betty ketika konsert AIM baru-baru ini.
Jasmi, perunding imej pelajar-pelajar AF ni tak pandai buat kerja ke atau malas nak buat kerja? Patutlah pakaian pelajar-pelajar AF6 lepas tak semegah, konsert final pun dapat pakai baju second hand.
Kami, penonton-penonton taklah pandai nak kritik sangat tapi kalau dah pada pandangan kami pun tak sesuai apa lagi di mata juru runding professional. Tapi bukan ker dah banyak kali komen pasal appearance diberikan oleh juri lebih-lebih lagi daripada ibu Hetty dulu? Takkan Jasmi tak boleh buat sesuatu atau memang buat-buat tak ambil tahu, yang penting pocket masyuk.
Kalau ada AF7 nanti, harap pihak Astro dapatlah cari orang lain sebagai perunding imej dan janganlah ambil si Jasmi lagi. Bukan sahaja pakaian, malah solekan mereka macam kerja mak andam kampung jer.
Kesian Stacy.......
Read more...