Pernahkah anda terfikir rancangan Teksi Tunai yang ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 10.30PM bersama hos terkenal, Bob Lokman mendatangkan kemarahan kepada pemandu-pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur? Kita sering terhibur bila menonton racangan tersebut, tetapi bagi pemandu-pemandu teksi mereka perlu lebih berwaspada lebih-lebih lagi dengan adanya rancangan tersebut membuatkan mereka berada dalam ketakutan.
Saya pernah berborak dengan pemandu teksi menanyakan pernahkah beliau menemui Bob Lokman tetapi dengan nada kemarahan yang agak tinggi beliau mengatakan rancangan Teksi Tunai hanya akan lebih mengundang musibah kepada pemandu-pemandu teksi.
Mengapa? Disebabkan kes rompakan yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi semakin meningkat, dan dengan adanya rancangan tersebut, mereka terpaksa perlu lebih berwaspada untuk mengambil penumpang.
Apa rasionalnya? "Wah! Pemandu teksi banyak wang ya, boleh bagi sama orang. Bagi kami wang!" kata pemandu teksi yang saya naiki. Begitulah dialog yang dinyatakan bagi menjelaskan mengapa mereka berada dalam ketakutan. Mereka takut dirompak! Dengan adanya rancangan tersebut perompak-perompak akan menyangka mereka ini golongan yang banyak duit dan sentiasa memiliki cash dalam pocket sedangkan mereka tidaklah semewah hos rancangan tersebut yang sentiasa memiliki banyak cash.
Begitulah penjelasan mereka mengapa mereka berasa tertekan dengan rancangan Teksi Tunai. Fikir-fikirkanlah.
Jom! watch one of the episode from Teksi Tunai with 2 sexy and gedik girls.
Read more...
!–google>
